Pages

Saturday

Contoh - Forum Perpaduan

Ni contoh karangan forum perpaduan....

Pengerusi – Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada …….Saya, ……….selaku pengerusi bagi forum pada hari ini ingin membincangkan mengenai perpaduan rakyat yang semakin goyah. Jadi pada hari ini kita telah menjemput 3 panel hakim yg arif lg bijaksana bg membincangkan mengenai isu ini. Panel yg pertama yang tidak asing lagi kita kenali iaitu …….dan panel kedua pula ialah……….manakala panel yg ketiga pula ialah ………Saudara, atas kesedaran bahawa negara Malaysia terdiri daripada berbagai bangsa, dan agama .Jadi, kerajaan telah menentukan perpaduan sebagai matlamat utama dalam usaha membangunkan bangsa dan juga identitinya yang tersendiri. Justeru itu. kerajaan sentiasa merangka strategi dan membuat perancangan tertentu bagi menghadapi serta menangani isu dan masalah yang berkaitan, kerajaan mempunyai falsafah yang jelas dari segi corak dan hak pentadbirannya iaitu membangunkan negara dengan pembangunan bangsa yang ada maruah dan identiti sendiri malahan berkeupayaan serta berkebolehan dalam segala segi kemahiran yang diperlukan secara menyeluruh meliputi aspek, mental, fizikal, material dan juga rohani. Dan ini bermakna rakyat di negara ini mempunyai peranan masing-masing dalam menyumbang ke arah pembangunan negara. Memandangkan betapa pentingnya perpaduan dalam menjamin kesejahteraan negara Malaysia.
Saya ingin bertanya kepada panel pertama mengenai tujuan perpaduan dengan lebih lanjut seperti yang diwar-wakan oleh perdana menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai konsep 1 Malaysia yang ditubuhkannya. Silakan.....

Panel 1 – : Pertama sekali saya ingin berterima kasih kepada pengerusi majlis kerana menjemput saya untuk memberi sedikit informasi yang perlu dihuraikan kepada para penonton sekalian. Baiklah, perpaduan adalah konsep yang bermakna negara kita sebagai satu entiti ataupun pati yang tidak berbelah bagi. Di sini dapat kita rumuskan bahawa untuk mencapai perpaduan adalah lebih kompleks darjpada apa yang dijangka kerana banyak perkara yang perlu kita fahami tentang perhubungan di antara aspek-aspek perpaduan dan peringkat-peringkatnya serta memahami psikologi manusia dan perhitungannya dengan kelompok masyarakat itu sendiri. Oleh sebab itu sebagai rakyat Malaysia kita haruslah sentiasa ingat apa yang telah terjadi di sesetengah negara yang rakyatnya sesama sebangsa sendiri bergaduh yang akibatnya membawa kepada porak-peranda dan penderitaan yang tidak berkesudahan. Kerana itu, kita rakyat Malaysia berbilang kaum dan keturunan perlu ingat bahawa perbalahan yang membawa kepada persengketaan sesama kita akan hanya membawa kepada keburukan dan kerugian kepada diri kita sendiri.



Saya ingin petik daripada Datuk Haji Abdul Ghani Othman iaitu Menteri Besar Johor – Ingatlah sumber kekuatan kita selama ini, tak lain tak bukan ialah perpaduan. Inilah senjata yang membawa kita menempa kemerdekaan, dan inilah padu kekuatan dalaman sepanjang kita mengurus negara sendiri.Jadi saya ingin menegaskan bahawa perpaduan amat penting kesejahteraan negara.

Pengerusi - Terima kasih kepada ahli panel pertama yang telah menjawab persoalan saya sebentar tadi. Seterusnya mungkin para penonton masih lagi tertanya - tanya mengenai tajuk ini dan saya ingin pula mengaju solan kepada panel hakim kita yang keduayang  cantik bergaya pada tengahri ini iaitu.....Dan soalannya ialah bagaimanakah langkah-langkah perpaduan ini dikekalkan. Silakan....

Panel 2 – Terima kasih kepada tuan pengerusi majlis. Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu dipupuk dari semasa ke semasa. Usaha ini perlu dilakukan untuk memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara. Pernahkah terlintas dalam benak kita tentang maksud frasa ‘perpaduan rakyat’? Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, `perpaduan rakyat’ dapat diertikan sebagai rakyat berganding bahu untuk melakukan sesuatu dan sentiasa menyelesaikan masalah secara musyawarah. Persoalannya ialah apakah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan?


Langkah yang paling afdal ialah rakyat Malaysia haruslah mempunyai sikap toleransi dalam diri. Hal ini amat penting untuk mengelakkan berlakunya sebarang pertelingkahan atau perselisihan faham yang mampu memecahbelahkan rakyat Malaysia. Menurut kata Tun Dr. Mohathir Mohamad, mantan perdana Menteri Malaysia, kita haruslah mengetepikan emosi yang boleh menyebabkan perpecahan. Selain itu, kita haruslah berpegang denagn prinsip hidup bersama secara aman, saling membantu dan bekerjasama ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing serta mengikis sikap ‘bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’ untuk memastikan perpaduan rakyat berkekalan. Memandangkan betapa pentingnya perpaduan dalam menjamin kesejahteraan negara Malaysia, semangat persaudaraan dan kewarganegaraan hendaklah dilakukan secara berencana dengan menggunakan prasarana dan jentera kemasyarakatan yang sedia wujud di negara ini.

Pengerusi - Sebentar tadi kita sudah mendengar langkah bagaimana perpaduan dapat dikekelkan daripada panel kedua kita. Saya mempunyai satu soalan yang ingin diajukan kepada ahli panel ketiga. Adakah pentingnya konsep perpaduan rakyat perlu dipupuk sejak kecil lagi. Silakan...

Panel ketiga - Para hadirin sekalian, 

Pada pandangan saya, saya merasakan bahawa peranan memupuk perpaduan ini patut lebih ditekankan kepada generasi muda terutama dari peringkat sekolah lagi serta sumbangan ibu bapa mengingatkan anak-anak mereka betapa negara ini sentiasa memerlukan permuafakatan dan kerjasama.Kita juga meletakkan sepenuh harapan terhadap rakyat termasuk pemimpin-pemimpin masyarakat dan wakjl-wakil rakyat agar memkirkan sedalam-dalamnya betapa perlunya persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum dan keturunan dipupuk dan dijaga dengan baik supaya perkara-perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.


Hadirin sekaliaan,


Sudah 53 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Bagi rakyat Malaysia yang cintakan negara, hari yang bersejarah ini merupakan satu rahmat dari Allah s.w.t. kerana kita dapat hidup dalam kemuafakatan dan aman damai. Biarpun rakyat negara kita telah menempuh detik-detik hitam seperti peristiwa 13 Mei namun atas kesungguhan para pemimpin negara ketika itu dan kesediaan rakyat berbilang kaum yang berpegang bahawa Malaysia sebenarnya merupakan negara tumpah darah mereka.Hidup dan mati mereka juga di negara ini.


Hadirin sekaliaan,


Kebijaksanaan kata-kata pusaka "Bulat air kerana pembentong, bulat manusia kerana muafakat dan bersatu teguh bercerai roboh serta "sepakat membawa berkat" ini ternyata benar. Hanya dengan adanya permuafakatan antara rakyat dapatlah diwujudkan satu iklim perpaduan yang jitu. Ini akan memudahkan lagi pihak kerajaan merancang dan dilaksanakan apa juga program pembangunan bagi faedah rakyat seluruhnya. Oleh yang demkian, kita perlu merancang kegiatan kejiranan untuk mengelakkan proses perpecahan dari terus berlaku dan kita tidak mahu masyarakat hanya wujud berseorangan mengikut falsafah "aku – aku, engkau-engkau, tanpa menyertai kegiatan yang coraknya berkelompok dan saling bantu-membantu. Banyak kegiatan kejiranan yang dikenalpasti boleh dilaksanakan dengan kumpulan sasar yang tertentu mengikut kehendak sesebuah komuniti ianya seperti . Aktiviti kejiranan ini perlu digarap dengan sebaik mungkin agar lanya berjaya dilaksanakan khususnya dalam kalangan masyarakat bandar. Memang tidak dapat kita nafikan keinginan untuk "privacy" wujud di dalam diri seseorang dan kita sedar bahawa pada waktu tertentu kita perlu “lari” dari pemerhatian orang ramai. tetapi "privacy" ini juga jangan kita jadikan sebagai satu budaya yang akan merebak di kalangan masyarakat sejiran kita. "Privacy" hanyalah pada waktu tertentu yang tidak menggugat kepentingan sosial. Jadi. di sini kepentingan sosial tetap menjadi keutamaan.


Akhir sekali saya berharap semua pihak akan berusaha memahami matlamat yang murni ini dan mengamalkan cara-cara yang telah digariskan. Saya juga menyeru badan-badan korporat agar dapat bersama-sama membantu dengan kerajaan dalam usaha semangat perpaduan di negeri ini. Apa yang kita harapkan, mudah-mudahan akan lahirlah satu bangsa Malaysia yang lebih bersatu padu, stabil dan berjaya serta dihormati oleh seluruh dunia.
Pengerusi - DALAM Surah al Hujurat ayat 13 jelas menganjurkan agar kita mengamalkan sikap perpaduan
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Jadi soalan saya pula kepada ahli panel pertama kembali . Pentingkah badan - badan bukan kerajaan bekerjasama dalam memupuk perpaduan rakyat. Silakan....


Panel 1 - Badan bukan kerajaan (NGO) juga memainkan peranan yang penting dengan mengadakan pelbagai kempen dan ceramah yang berkaitan dengan usaha untuk meningkatkan perpaduan. Aktiviti sebegini haruslah diadakan secara berterusan dan bukannya setakat hangat-hangat tahi ayam sahaja. Hal ini amat penting kerana melalui aktiviti tersebut, rakyat Malaysia akan terdedah dengan kepentingan perpaduan.




Pertubuhan seperti Rukun Tetangga pula perlulah kerap mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum. Melalui aktiviti tersebut, rakyat pelbagai kaum akan dapat saling memahami budaya kaum yang lain. Sebagai contohnya, aktiviti hari keluarga dalam kalangan penduduk yang pelbagai kaum hendaklah diadakan di kawasan tempat tinggal sekurang-kurangnya tiga bulan sekali. Apabila mereka sering bersama dalam sesuatu aktiviti, mereka akan dapat berinteraksi dan berkenal mesra antara satu sama lain kerana tak kenal maka tak cinta. Lama-kelamaan bibit-bibit perpaduan akan mula tersemai dan terpahat dalam sanubari. Kesannya ialah mereka akan menjalinkan usaha untuk bersatu padu kerana mereka sedar bahawa ‘ bersatu teguh bercerai roboh’.


Pernahkan terlintas dalam fikiran kita bahawa ibu bapa juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan perpaduan terus subur? Ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan anak-anak. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak mereka dengan nilai-nilai yang murni seperti kerjasama dan saling membantu. Ibu bapa hendaklah menggalakkan anak-anak supaya berkawan dengan anak-anak daripada kaum yang lain. Oleh sebab itu, ibu bapa mestilah menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan menunjukkan contoh, iaitu mereka juga perlu bergaul dengan kawan-kawan daripada pelbagai kaum supaya tidak dianggap bagai ketam menyuruh anaknya berjalan dengan betul. Melalui cara ini, anak-anak akan mengikut jejak langkah ibu bapanya untuk menjalinkan persahabatan dengan kaum lain kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.


Pengerusi - Jadi saya mempunyai satu soalan lagi kepada panel kedua iaitu bagaimanakah cara untuk memupuk perpaduan terutamanya bagi kaum melayu kepada kepada kaum - kaum yang lain.


Panel 2 -
Adalah menjadi tanggungjawab setiap daripada kita yang cintakan keamanan dan kemajuan untuk memastikan perpaduan di dalam masyarakat bukan sahaja dikekalkan, malah dipupuk dan dipereratkan lagi.




“Semangat persaudaraan dan rasa setiakawan yang terjalin merupakan dua faktor penting bagi menentukan masa depan generasi baru Malaysia terus menikmati suasana kehidupan yang harmoni,”.


Sesungguhnya kita semua juga sedang berusaha gigih dan berdikari untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Maju bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga maju dari segi pembangunan akhlak dan sosial. Bagi mencapai hasrat ini, negara kita perlu melahirkan golongan muda, yang bukan saja berpengetahuan dan berilmu, tetapi juga mempunyai jati diri serta berpandangan jauh dan terbuka kepada idea-idea baru tanpa mengenepikan kebudayaan dan adat resam yang telah diwarisi turun-temurun.


Di dalam negara majmuk seperti Malaysia di mana terdapatnya pelbagai kaum, agama dan kebudayaan, seluruh masyarakat terutama pemuda-pemudi kita mestilah mempunyai sikap toleransi, dan persefahaman yang tinggi supaya perpaduan dan keharmonian antara semua rakyat berbilang kaum dapat dipelihara. Dalam hal ini saya berpandangan bahawa peranan ibu bapa, masyarakat serta kerajaan amat penting bagi melahirkan generasi muda yang dapat menjamin kemajuan, kemakmuran, keamanandan perpaduan antara kaum dan agama


Jadi, bagaimanakah cara kaum melayu terutamanya kepada kaum – kaum yang lain. Iaitu dengan menghormati hak-hak orang Cina dan India di dalam negara ini dengan tidak melabelkan mereka sebagai pendatang atau merempat dan 1001 kenyataan yang mengeruhkan kedudukan antara kaum dalam negara kita sekaligus bertentangan dengan semangat 1Malaysia yang diperjuangkan oleh Umno dan BN pada hari ini atau sememangnya konsep 1Malaysia itu hanyalah retorik semata-mata .


Saya berpandangan satu penilaian harus dijalankan supaya kita dapat sentiasa mewujudkan semangat perpaduan di dalam masyarakat kita. Tiap-tiap kaum mempunyai nilai-nilai dan ciri-ciri kebudayaannya yang tersendiri dan langkah yang harus dijalankan sekarang ialah dengan memahami cara hidup antara kaum. Fahaman yang lebih baik ini boleh dilakukan melalui program seperti majlis rumah terbuka, forum langsung serta dialog terbuka kerana ia akan membantu kita memupuk semangat masyarakat yang bersedia menghormati cara hidup yang berlainan daripada cara hidup kita.


Pengerusi - Kita sudah mendengar pandangan daripada ketiga – tiga panel jemputan kita pada hari ini. Jadi sebagai konklusinya, semua pihak haruslah berganding bahu ibarat bukit sama didaki ke lurah sama-sama dituruni untuk memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan. Janganlah meranapkan impian Malaysia untuk mencapai wawasan 2020 yang sering diuar-uarkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Bersama-samalah kita memanifestasikan iltizam Malaysia untuk menjadi Negara yang berjaya di persada antarabangsa. Biar matahari terus bersinar, biar pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang melalui perpaduan yang kita bina. Tanpa perpaduan, Negara kita tidak akan maju atau berjaya untukberdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan negara yang telah maju. Terima kasih kepada anda semua yang sudi mendengar. Sehingga kita bertemu lagi. Salam....







0 comments: